Fadhillah Wanita

Iklan

Iklan

Fadhillah Wanita

Sabtu, 25 Februari 2012, Februari 25, 2012
Jangan lupa membaca artikel tentang bisnis di > Informasi bisnis terbaik 2020.

Point-point  ini terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadhush  Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking  satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.
  1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih  kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut,  jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang  tidak akan sia-sia.”
  2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak  soleh.
  3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
  4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
  5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama  orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang  takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)  lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.  Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa  yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail  AS
  7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan  kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari  pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa  Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon  ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari  neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari siksa,  bahkan Allah Ta’ala mengangkatnya ke atas derajat, seperti derajatnya 40  orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
  8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku  (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
  9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan  atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan  dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa  serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
  10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari  anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka  akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
  11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan  ibumu dahulu.
  13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu  neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang  dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di  udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya  selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga  sembahyang dan puasanya)
  15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang  lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula  berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
  16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib  sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,  maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
  17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
  18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka  beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap  hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat  solat wanita yang tidak hamil.
  20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT  mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT .
  23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan  setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengaruniakan satu pahala haji.
  24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari  dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan  dikira sebagai mati syahid.
  26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (ASI) akan  dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2 1/2 tahun), maka  malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib  baginya.
  28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah  akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesai kerana  menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang  hamba.
  30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang  sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan  hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah  mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,  bahkan segala sesuatu yang disinari sang surya akan meminta keampunan  baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu derajat untuknya.
  32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang  tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka  ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya pintu syurga,  yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
  33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan  mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang  ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan  padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana  mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah  ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya  sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah  karuniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karunia rahmat  itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi.
  34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan  malamnya menggembirakan suaminya.
  35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat  isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
  36. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun  solat.
  37. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam  keadaan letih akan medapat pahala jihad.
  38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas  dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya  membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,  maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
  40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta  sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia  menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga  suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka  diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang  buta telah celik. Allah karuniakan kemuliaan pada perempuan itu kerana  memuliakan dan menghormati suaminya.
  41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah.  Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu  bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda  Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala  bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya  pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.”
  42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakan oleh  binatang itu dengan doa keberkatan.
  43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah”, Allah akan  berkahkan rezekinya.
  44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti  menyapu lantai di Baitullah.
  45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika  membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api  neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
  46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan  mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan  memadamkan seratus perbuatan jahat.”
  47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang  dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di  hari akhirat.”
  48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian  dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya  ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan  memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
  49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut  anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya  itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut  mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan  dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memperhatikannya.”
  50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan  janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan  memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya  sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari  taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka  dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
  51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80  tahun ibadat.
  52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan  kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal  dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita  itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang  kuda yang dibuat dari yakut.
  53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi  Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu  memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
  54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita  (isteri) yang solehah.
  55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat  pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kawin).
  56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang  kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya  perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan  dirinya.
  57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
  58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat iri  (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita  melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu  perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya  suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang  syahid”.
***
Dari Sahabat
Dipsoskan oleh : Nur Salim

Sumber https://mtsmafaljpr.blogspot.com/

Selain sebagai media informasi pendidikan, kami juga berbagi artikel terkait bisnis.

TerPopuler